go to ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 24 Ogos 2014

coklat homemade

As salam u all..

Hari nie cik mar nak kongsi resepi COKLAT HOMEMADE yang semudah 1 2 3.. almaklum lah cadbuary dah tak boleh nak mam so buat sendiri la.. Yang pastinya halal n sedap gitu..
Kenapa perlu kongsi resepi ni..? haa sebab nye kalau kite ada ilmu baik kongsi.. jangan kedekut2, xluak pun ilmu tu..walaupun yang tukang ajar tu budak skalipun.. Dulu cik mar x pandai jugak tp belajar ngn budak yang bru masuk tadika.. xmalu pun sbb i nak ilmu kn..hee..

Oke la..moh kite tengok bahan2 nak buat coklat homemade nie..

Coklat milk ( cik mar gune jenama Tropika )
Bekas acuan ( ikut suke bentuk yg cam mane )
Badam ( kalau nak la )
Pewarna ( yg ni kalau nak buat colour2 gtu.. )

Cara_cara

1.   Potong kecil2 coklat tu dan masukkan dalam bekas / periuk kecil ( Panaskan gune kaedah double boiler )
2.   Kacau sebati.. Boleh masukkan sikit minyak nak bagi kilat coklat korang tu
3.   Masukkan badam n kacau ( nk letak atas pun boleh )
4.   Angkat dan isi dalam bekas acuan ( papercup pun boleh )
5.   Dh isi tu ketuk2 kan bekas bagi udara klua
6.   Masukkan dlm peti 10 minit je
7.   Kluakan.. ketukkan bekas tu n klurkn..

Dah ceap... ! selamat mencuba
Macam aku pal buat macam ni je bab nk mam sendiri..senang nak simpan..kalau org oder baru lah letak dlam bkas yg cute2 gitu..heee






Sabtu, 23 Ogos 2014

popia nestum syokk gitu...hee

salam u all..haa..skang kan tengah top gitu dengan resepi yg senang sgt2 nk buat n sedap yekk..meh kite kongsi..ni resepi belek2 kat google jugek.tp yg ni semua bahan ada..sbb nk mkn sendiri je..hihii...

Bahan-bahan 

Yg paling utama mestilah

kulit popia ( ikut suke nk kecik ke besar)
nestum 1 cawan ( lebih sikit pun xpe )
3 sb susu tepung / hoclick ( yang ni i gune 2 2 yek..hii..slh 1 pun xpe..)
1/2 cawan ( yang ni bland kan aje )

Cara-cara

1. Popia tu gulung-gulungkan. Pastu potong serong ( kalau nak senang gune gunting )
2. Goreng popia tu agak2 rangup dan toskan
3. Campur bahan-bahan lain tu n gaul sebati dan masukkan popia.. ( gaul-gaulkan je )

dahh seap....!
SELAMAT MENCUBA...

P/S : PIC xde sebab dah habis..sehari je licin..t buat lain bru uplod pic yea..hee...

Selasa, 20 Ogos 2013

tentang kawan

ak tersilap dalam percaturan hidup..bahkan dalam soal bicara..ini lah yang terjadi kerana terlalu percayakan kawan..tak mengapa..aku jadikan sebagai iktibar untuk aku lebih berhati-hati di masa akan datang..apa yang terjadi tidak boleh diulang kembali namun cukuplah hanya sekali..

kerana kawan aku bahagia
kerana kawan aku tersenyum
kerana kawan aku mampu berdiri
kerana kawan aku hilang pertimbangan
kerana kawan aku menangis
kerana kawan aku derita
kerana KAWAN itu adlah segalanya..
terima kasih insan yang bernama kawan
mengajar aku erti kehidupan dalam suke dan duka..

aku juga ada silapnya dalam bergelar kawan, jadi buat semua kawan-kawan sayang kamu semua..moga ukhuwah kita sampai hujung nyawa..

Khamis, 28 Mac 2013

seorang isteri itu....

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, 
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang amat bermakna buat dirinya,
didepan orang yang dicintai dan disayangi dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya kerana dia sangat menyayangi dirimu wahai suami..
Maka dia sanggup menurunkan rasa EGOnya .

Wahai para suami…
Jika seorang isteri pernah menangis kerana dirimu,
Peganglah tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai para suami…
Jika seorang isteri menangis kerana dirimu,
Janganlah kau mensia-siakan dirinya…
Mungkin dengan tindakanmu itu, bakal merosakkan kehidupan kau dan dia..

Di saat dia menangis didepanmu,
Di saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan betapa SAKITnya jiwanya menahan rasa dengan tindak tanduk perbuatan mu?

Ahad, 17 Mac 2013

xde pe..

salam..
agk dah lame jugak aku menyepikan diri..dan kini..im back..hihi..
dalam pada mase aku x update blog banyak jugak benda yang dah berlaku samaada sedar ataw pun tidak..sepanjang itu juga ada pahit dan juga manis..bulan nie jugak la my bby tu genap 6 bulan...ase sekejap je mase berlalu..
aku pulak cam nie la..xde apa perubahan buat mase nie..duduk je kat uma tengok anak..hajat dihati banyak tapi xmungkin boleh tertunai buat mase nie..mungkin bile tiba masa yang sesuai..
oke la..len kali  kite smbung ag ek..daaa..

Ahad, 17 Februari 2013

Mercu Beach Resort, Cherating

hai semua..nak kongsi sikit pasal tempat-tempat pelancongan yang memang santai..korang-korang yang kat lua sane tu boleh la pergi tempat nie..

12.02.1013 ari tu aku n family ( suami n anak ) pergi bercuti kat Mercu Beach Resort, Cherating.. sape yang pernah pergi tahu la tempat tu kan..walaupun biasa-biasa je tp oke la..servis pun bagus..
n yang paling best kolam die betul-betul depan bilik..kalau ase bagun tido nak terus terjun dalam kolam tu pun xpe..hehe..nak mandi laut pun boleh, jalan kaki aje dah sampai..depan cikit aje..hehe..

mercu nie tak lah mahal sangat..harga pun oke xde mahal sangat..mase ak g ari tu bilik rm 106/night..tu  kalau hari biasa la..(ahad - khamis )..kalau (jumaat - sabtu = rm138/night)
so nanti ingat nak pergi lagi tp kali nie ramai2..cadang2 mau bakar sate n bbq..sape nak join moh le..hehe..

oke la tu je ak nk kongsi hari nie..jumpa lagi...daaaa...

Khamis, 7 Februari 2013

Baby Ahmad Adam Syukri

kenal x korang dengan baby Ahmad Adam Syukri..?
dia ank sulung kepada papa n mama dye..
dari lahir lagi adam mempunyai masalah kesihatan yang agk teruk..
namun berkat doa semua baby adam meneruskan kehidupannya sehingga lah hari ini..baby adam menghembuskan nafasnya yang terakhir..
sepanjang kehidupannya perbagai dugaan terpaksa dihadapi oleh baby adam..namun  dia tetap tabah..sentiasa ditemani mama dan papa dia..juga berkat doa masyarakat untuk baby adam..

aku juga menyayangi nya seperti anak sendiri meski tidak pernah melihat dengan mata sendiri..cukup sekadar melihat gambar yang melihat perkembangan dirinya..mungkin juga kerna aku punya seorang anak kecil dah itu membuat ak menangis..namun apakan daya..Allah lebih menyanyangi baby adam..pastinya kini berada di Syurga menanti kedua ibu bapanya kelak..dan pastinya sihat dan tentu sekali tanpa wayar dibadan..moga mama n papa adam tidak patah semangat..relakan baby adam pergi meski agak sukar..Al-fatihah untuk baby adam..

lahirnya kau kedunia sebagai penyeri
kepada mama dan juga papa mu
namun luka mama mu belumpun sempuh
tiba dugaan yang tidak terduga
namun menerima dengan hati terbuka
sebagai ujian Allah yang Esa

meski ditimpa perbagai dugaan
namun kau tetap bertahan
doa mama dan papamu yang tidak pernah berhenti
juga doa masyarakat yang tidak pernah putus
segalanya adalah berkat
buatmu yang si jantung hati
untuk bersama meneruskan kehidupan
meskipun belum pasti apa dihadapan menanti..

kini masanya telah tiba
setelah lama menderita kini kau pergi jua
mengadap Tuhan yang maha esa
mama dan papa adam usahlah bersedih
izinkan dia pergi dengan hati yang redha
kini hilanglah derita anak kecilmu
iringilah dia dengan doamu
kerana syurga buat anakmu
moga kalian bertemu di Syurga kelak
Insyaallah..Amin...