go to ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 30 Ogos 2012

bIcAra hAti iNi


Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta..

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena..

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku..

Kadang-kadang aku terlalu ego
Sering kali mengikut kata hati
Namun kau tetap bersahaja
melayan kerenahku setiap ketika
Hanya untuk menjaga perasaanku..

Wahai suami ku
Ampuni aku dan restui aku
Walau dimana aku berada
Doamu sentiasa aku harapkan
Agar aku dirahmati yang Esa..

Tegurlah aku bimbing lah aku
Agar kita sentiasa dijalan Nya
Walau ajal menjemput tiba
Moga cinta kekal ke Syurga..




Selasa, 28 Ogos 2012

aNytImE jEw


Salam wat semua...

Sebelum terlambat nie nk wish la selamat hari raya.. Mintak maaf ye kalau ada tersilap kat mane-mane.. Maklumlah kadang-kadang tak perasan kan..? So kire kosong-kosong boleh la kot..huhuu...

Dalam sempat tak sempat tu da masuk 9 bulan da kandungan nie..tunggu mase je baby nak kua.. Yang penting semua barang-barang dah siap pack..tunggu nak angkut bawak g hospital je lagi.. Makin dekat hari nie makin berdebar pulak rasenye..pinggang pun makin kerap sakit..mak cakap da tak lame da tu nak sampai mase..kene berjaga-jaga dah..tak kisah la asal kan semuanya selamat..

Insyaallah..amin...

jUst uCapaN tuk tErsAyaNg


Siapa angka hubungan kita
Pertemuan yang tak pernah terduga
Ini lah jodoh ketentuan yang Esa
Kita terima dengan hati terbuka..

Aku tidak pandai berkata-kata
Inikan pula bermadah cinta
Cuma ini hanya ku mampu
Sedikit coretan khas untukmu..

Tiada permata walaupun satu
Hadiah yang dapat ku beri padamu
Cuma doa ku iring selalu
Moga Allah sentiasa bersamamu..


27hb081987
Selamat Hari Ulang Tahun Yang ke-25 cyg..
Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, gembira selalu, dipermudahkan tiap urusan n semua yang baik2..juga
Semoga hubungan kita kekal ke akhir hayat..