go to ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 20 Ogos 2013

tentang kawan

ak tersilap dalam percaturan hidup..bahkan dalam soal bicara..ini lah yang terjadi kerana terlalu percayakan kawan..tak mengapa..aku jadikan sebagai iktibar untuk aku lebih berhati-hati di masa akan datang..apa yang terjadi tidak boleh diulang kembali namun cukuplah hanya sekali..

kerana kawan aku bahagia
kerana kawan aku tersenyum
kerana kawan aku mampu berdiri
kerana kawan aku hilang pertimbangan
kerana kawan aku menangis
kerana kawan aku derita
kerana KAWAN itu adlah segalanya..
terima kasih insan yang bernama kawan
mengajar aku erti kehidupan dalam suke dan duka..

aku juga ada silapnya dalam bergelar kawan, jadi buat semua kawan-kawan sayang kamu semua..moga ukhuwah kita sampai hujung nyawa..

Khamis, 28 Mac 2013

seorang isteri itu....

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, 
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang amat bermakna buat dirinya,
didepan orang yang dicintai dan disayangi dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya kerana dia sangat menyayangi dirimu wahai suami..
Maka dia sanggup menurunkan rasa EGOnya .

Wahai para suami…
Jika seorang isteri pernah menangis kerana dirimu,
Peganglah tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai para suami…
Jika seorang isteri menangis kerana dirimu,
Janganlah kau mensia-siakan dirinya…
Mungkin dengan tindakanmu itu, bakal merosakkan kehidupan kau dan dia..

Di saat dia menangis didepanmu,
Di saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan betapa SAKITnya jiwanya menahan rasa dengan tindak tanduk perbuatan mu?

Ahad, 17 Mac 2013

xde pe..

salam..
agk dah lame jugak aku menyepikan diri..dan kini..im back..hihi..
dalam pada mase aku x update blog banyak jugak benda yang dah berlaku samaada sedar ataw pun tidak..sepanjang itu juga ada pahit dan juga manis..bulan nie jugak la my bby tu genap 6 bulan...ase sekejap je mase berlalu..
aku pulak cam nie la..xde apa perubahan buat mase nie..duduk je kat uma tengok anak..hajat dihati banyak tapi xmungkin boleh tertunai buat mase nie..mungkin bile tiba masa yang sesuai..
oke la..len kali  kite smbung ag ek..daaa..

Ahad, 17 Februari 2013

Mercu Beach Resort, Cherating

hai semua..nak kongsi sikit pasal tempat-tempat pelancongan yang memang santai..korang-korang yang kat lua sane tu boleh la pergi tempat nie..

12.02.1013 ari tu aku n family ( suami n anak ) pergi bercuti kat Mercu Beach Resort, Cherating.. sape yang pernah pergi tahu la tempat tu kan..walaupun biasa-biasa je tp oke la..servis pun bagus..
n yang paling best kolam die betul-betul depan bilik..kalau ase bagun tido nak terus terjun dalam kolam tu pun xpe..hehe..nak mandi laut pun boleh, jalan kaki aje dah sampai..depan cikit aje..hehe..

mercu nie tak lah mahal sangat..harga pun oke xde mahal sangat..mase ak g ari tu bilik rm 106/night..tu  kalau hari biasa la..(ahad - khamis )..kalau (jumaat - sabtu = rm138/night)
so nanti ingat nak pergi lagi tp kali nie ramai2..cadang2 mau bakar sate n bbq..sape nak join moh le..hehe..

oke la tu je ak nk kongsi hari nie..jumpa lagi...daaaa...

Khamis, 7 Februari 2013

Baby Ahmad Adam Syukri

kenal x korang dengan baby Ahmad Adam Syukri..?
dia ank sulung kepada papa n mama dye..
dari lahir lagi adam mempunyai masalah kesihatan yang agk teruk..
namun berkat doa semua baby adam meneruskan kehidupannya sehingga lah hari ini..baby adam menghembuskan nafasnya yang terakhir..
sepanjang kehidupannya perbagai dugaan terpaksa dihadapi oleh baby adam..namun  dia tetap tabah..sentiasa ditemani mama dan papa dia..juga berkat doa masyarakat untuk baby adam..

aku juga menyayangi nya seperti anak sendiri meski tidak pernah melihat dengan mata sendiri..cukup sekadar melihat gambar yang melihat perkembangan dirinya..mungkin juga kerna aku punya seorang anak kecil dah itu membuat ak menangis..namun apakan daya..Allah lebih menyanyangi baby adam..pastinya kini berada di Syurga menanti kedua ibu bapanya kelak..dan pastinya sihat dan tentu sekali tanpa wayar dibadan..moga mama n papa adam tidak patah semangat..relakan baby adam pergi meski agak sukar..Al-fatihah untuk baby adam..

lahirnya kau kedunia sebagai penyeri
kepada mama dan juga papa mu
namun luka mama mu belumpun sempuh
tiba dugaan yang tidak terduga
namun menerima dengan hati terbuka
sebagai ujian Allah yang Esa

meski ditimpa perbagai dugaan
namun kau tetap bertahan
doa mama dan papamu yang tidak pernah berhenti
juga doa masyarakat yang tidak pernah putus
segalanya adalah berkat
buatmu yang si jantung hati
untuk bersama meneruskan kehidupan
meskipun belum pasti apa dihadapan menanti..

kini masanya telah tiba
setelah lama menderita kini kau pergi jua
mengadap Tuhan yang maha esa
mama dan papa adam usahlah bersedih
izinkan dia pergi dengan hati yang redha
kini hilanglah derita anak kecilmu
iringilah dia dengan doamu
kerana syurga buat anakmu
moga kalian bertemu di Syurga kelak
Insyaallah..Amin...




Selasa, 5 Februari 2013

doaku..

Ya Allah,
ampuni segala dosa-dosaku,, dosa suamiku, dosa kedua orang tuaku, dosa muslimin dan muslimat..
Ya Allah,
panjangkanlah umur kami,
kau jauhilah kami dari segala keburukan dari segala kecelakaan..
Ya Allah,
berilah kami hidayahMu, tunjukkan kami jalan ke syurgamu..
Ya Allah,
hindarilah kami dari bebanan dan tekanan hutang dalam hidup kami ini..
Ya Allah..berikan kami rezeki yang melimpah ruah agar kami boleh membantu diri kami dan keluarga kami serta orang2 yang di dalam kesusahan..

aminn....


Ahad, 20 Januari 2013

tentang isteri mu

kita bercinta selepas bernikah..biarpun kenal tak lama namun siapa sangka kini hidup di alam rumahtangga..indahnya takditr yang Allah berikan pada kita..moga selamanya bahagia dunia akihirat..aminn..

sekeras mana hati seorang wanita yang bergelar isteri pasti akan lembut jika kena pada caranya..

xsusah nk pikat hati isteri bila marah..bila merajuk ada yang mahu memujuk..semua pun nak mcam tu..anje pun cam tu gk..

setiap kali sakit atau sedih, temani lah hiburkanlah hati si isterimu ini..agar hilang segala duka..

sentiasa amik berat dan beri perhatian sebab isteri suka..

cuba faham kehendak hati isteri perasaan dia..kadang2 isteri nie xsemua dia bolah cakap..so suami kene la amik tau..
n
dulu bercinta "care n carring" mase baru-2 kawin tu..skang dah lain..

penting jugk...suami kene tahu yang isteri pun ad perasaan nk bermanja..bukn ssh pun..dulu boleh skang x boleh..

termenung

acap kali aku termenung mengingati dia yang jauh dimata..x ada seorang isteri pun yang mahu berjauhan lama dengan si suami tanpa sebab..aku juga begitu..kini aku berjauhan dengan dia yang amat ak cintai..jauh begini mungkin pada zahirnya mampu tersenyum dan ketawa sedangkan hati dilanda kemarau..
berjauhan juga membuat ak tidak sebegitu sabar dan mula asyik bergaduh..memang la itu tidak baik tp aku cuma insan biasa..mengharap kepulangannya itu sebenarnya satu penyiksaan..seperti pepatah penyiksaan dalam kebahagiaan..

aku tahu dia mencari rezeki namun aku hanya ingin mendampinginya..menginginkan hidup sendiri buat aku dan ank aku..bersabar mungkin satu langkah yang baik..namun setiap kesabaran pun acap kali teruji..moga dia mengerti perasaanku..

Rabu, 16 Januari 2013

besday to me.!

salam semua..

hari nie 16 Jan 2013..genap la sudah umur ak 22 tahun..dah beganjak 1 kedepan..sedar tak sedar banyak sangat yang berlaku pada diri aku..ye lah..dari solo pastu kawin nie dah ada anak sorang da pun..anak pun dah 4 bulan 9 hari..sekejap je rase berlalu..

malam tadi punya la tunggu en husban wish..boleh pulak dye lupe..sedih pun ad..huuu...tp wish jugak walaupun lambat..
mule2 nak majuk tp pk2 depan mate boleh la..so...harap ad la something special tuk ak..tengokkan je la nnt..

xpe la..harp bile umur makin meningkat nie makin matang la hendaknya..moga2 diberi kehidupan yang lebih baik dari yang sebelumnya. serta sentiasa bahagia disamping yang terayang..aminn..

Rabu, 9 Januari 2013

maaf hatiku dingin

dari sehari ke sehari
dari sabar kini makin teruji
jika dulu tebal kini nipis sekali
tahap sabar yg sepatutnya kau fahami..

penat mengharap pada yang tak pasti
kini lelah mula menguasai diri
jangan ditanya suatu hari nanti
mengapa hatiku keras begini..

aku tahu bukan niatmu
juga tahu bukan silapmu
silapnya aku terlalu di jalan ini
terlalu mengikut kata hati..

maafkan aku dikala ini
bukan x sudi atau meminta simpati
ini kisah perasaan hati
kerna hati ini dingin sekali

harap kau  mengerti hati ini
kau penyebab aku begini
diamku bukan aku membenci
tapi mencari ketenangan hati..

p/s : maaf andai slame ini xmampu jadi yang terbaik..




pesanan tuk suami isteri


♥ Pesanan Dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ♥ 

Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami...

Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala..
Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar
berikan maklumat terkini untuk mengubat rindu di hati... :) 

Sabtu, 5 Januari 2013

aku berhenti berharap

penat ku melangkah dalam pencarian
penat ku mencuba tuk bertahan
dan kini aku lelah tuk meneruskan
kerana aku rasakan panjangnya perjalanan..

kerana hati aku turutkan
namun terhenti ditengah jalan
antara ego dan kehendak hati
lalu aku biarkan ia terhenti
menanti waktu itu tiba dengan sendiri..

aku membisu 1000 bahasa
kakiku kini lemah dan longlai
aku berharap diberi kekuatan
menanti kamu dengan harapan
namaun aku tidak mahu terus terluka
dan kini..
aku berhenti berharap....

hmm..

hidup nie kadang2 terlalu sukar tuk ditempuhi
jalan yang kite jalani belum pasti dengan apa yang akan datang
meski kadang-kadang jauh dari segalanya
namun ia mengajar kita lebih matang
walau ada ketika hati memberontak..

namun aku tetap utuh berdiri
hanya untuk kau yang ak cinta
walau makin banyak cabangnya
segalanya untukmu..