go to ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 27 September 2012

mengapa dan kenapa




Bukan mudah untuk mencintai
kerana hati takut tuk bercinta
tapi aku tetap cuba  untuknya
hingga benar
hati ini mencintai dirinya..

Bila hati sudah jatuh cinta
hati benar bahagia
tapi aku takut akan kehilangan
kerana aku tahu peritnya perpisahan
walaupun untuk seketika..

Sedang aku menyulam bahagia
mengapa hati seperti terduga
walaupun dia kini milikku
namun hati tetap kerisauan
mengapa..?

Apakah kerana 'ex' nya datang kembali dalam hidupnya
tapi mengapa..?
salahkan aku bila cemburu
salahkah aku bila aku bersuara
kerana dia adalah kepunyaanku
dan tak kan pernah untuk dikongsi..

Tolonglah
tolonglah aku dengan menjauhkan ex nya dalam hidup kami
benar aku nampak bersahaja
namun hati mana yang tidak terhiris
biarpun hanya perkara biasa buat orang lain
kerana benar aku tidak suka 
dan sememangnya sakit hati ini kerana dia
walaupun dia tidak pernah melayannya...

Ya Allah,jauhilah aku dari segala keburukan..tabahkanlah hatiku untuk menyimpan rasa hati
kerana aku tidak mahu dia tahu..Berilah aku kekuatan tuk menghadapi setiap cubaanMu..Jauhilah aku dari perasaan yang boleh membinasakan..Aminn..

Ahad, 23 September 2012

ku pilih hatimu


ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku

setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

setiap nafasku 
hembuskan namamu 
sumpah mati
hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati



Khamis, 20 September 2012

DIA

Kadang kala hati berasa resah
Melihat dia merenungiku..
Kadang kala hati berasa gundah
Pabila melihat dia termangu..
Kadang kala hati berasa sebak
Takkala melihat kesungguhhanya..
Kadang kala hati berasa ceria
Melihat senyum manis tawanya..

Ada ketika aku tersentuh
Lalu menangis tika malam menanti subuh
Melihat wajahnya yang sebegitu tenang
Setenang air di lautan yang tidak berombak..

Aku kenal dia
Seorang yang cuba memberi apa yang terbaik
untuk orang disampingnya
Namun begitu ku tahu susah payah dihatinya
Biarpun dia tidak pernah merungut
Kerana dia seorang yang tabah..
kerana dia SUAMIKU...

Rabu, 19 September 2012

UNTUK SUAMIKU





Assalamualaikum suamiku..


Moga dikau berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan bahagia.. Niatku hanya satu iaitu melihatmu bahagia dan tersenyum selalu..

Suamiku, aku kini bergelar seorang isteri kepadamu dan ibu kepada anakmu.. Teruslah membimbingku agar menjadi wanita yang berjaya melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Nya.. Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik untukmu dan anak kita namun aku tetap akn berusaha..

Suamiku, ingatkah kau pada saat ku melahirkan zuriat untukmu..? Ku meminta agar kau disampingku.. Namun caraku melahirkannya membuatkan kau tidak dapat menemaniku. Tidak mengapa sayang kerana aku mengerti.. Aku tahu kau tidak akan pernah meninggalkanku walau apa pun yang terjadi.. Walaupun 50-50 namum syukur semuanya selamat..

Suamiku..tahukah kau betapa gementar dan takutnya aku akan waktu itu.. Takutku bukan kerana kematian tapi kerana aku tetap milikNya.. Juga kerana aku sendiri belum bersedia tuk meninggalkanmu..Redha mu yang aku harapkan agar hanya aku yang menjadi bidadarimu di syurga kelak..

Suamiku.. Ampuni aku segala salah silapku dan ketidak sempurnakan ku selama bergelar isteri.. Halalkan makan minum yang telah kau berikan.. Restui aku dengan setiap yang ku lakukan dan sentiasalah membimbingku selagi aku hidup bersamamu.. Kerana kau suamiku, yang amat ak cintai dalam setiap nafas yang ku hembus..ku mohon sentiasalah bersamaku..

Suamiku, aku tahu seorang suami yang bertanggungjawab dalam segala hal, seorang yang sabar melayan setiap kerenahku, kau juga sentiasa berusaha memberi yang lebih baik untukku..
Ya Allah, Kau bahagiakanlah suamiku, Kau permurahkanlah rezekinya dan  Kau permudahkanlah setiap urusannya. Ya Allah,ku mohon pada MU, kau jadikanlah suamiku salah seorang penghuni syurgamu kerana aku yakin dia telah menjalankan amanah yang Kau berikan dengan baik dan sempurna..Ya Allah, suamiku adalah cahayaku, dialah juga cinta hatiku, Kau peliharalah suamiku walau diamana dia berada..Aminn...

Terima kasih atas nikmatMu, memberi kami zuriat.. Jadikanlah kami ibu bpa yang bertangjungjawab dan berjaya mendidik anaknya..Aminn..


<