go to ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 19 September 2012

UNTUK SUAMIKU





Assalamualaikum suamiku..


Moga dikau berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan bahagia.. Niatku hanya satu iaitu melihatmu bahagia dan tersenyum selalu..

Suamiku, aku kini bergelar seorang isteri kepadamu dan ibu kepada anakmu.. Teruslah membimbingku agar menjadi wanita yang berjaya melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Nya.. Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik untukmu dan anak kita namun aku tetap akn berusaha..

Suamiku, ingatkah kau pada saat ku melahirkan zuriat untukmu..? Ku meminta agar kau disampingku.. Namun caraku melahirkannya membuatkan kau tidak dapat menemaniku. Tidak mengapa sayang kerana aku mengerti.. Aku tahu kau tidak akan pernah meninggalkanku walau apa pun yang terjadi.. Walaupun 50-50 namum syukur semuanya selamat..

Suamiku..tahukah kau betapa gementar dan takutnya aku akan waktu itu.. Takutku bukan kerana kematian tapi kerana aku tetap milikNya.. Juga kerana aku sendiri belum bersedia tuk meninggalkanmu..Redha mu yang aku harapkan agar hanya aku yang menjadi bidadarimu di syurga kelak..

Suamiku.. Ampuni aku segala salah silapku dan ketidak sempurnakan ku selama bergelar isteri.. Halalkan makan minum yang telah kau berikan.. Restui aku dengan setiap yang ku lakukan dan sentiasalah membimbingku selagi aku hidup bersamamu.. Kerana kau suamiku, yang amat ak cintai dalam setiap nafas yang ku hembus..ku mohon sentiasalah bersamaku..

Suamiku, aku tahu seorang suami yang bertanggungjawab dalam segala hal, seorang yang sabar melayan setiap kerenahku, kau juga sentiasa berusaha memberi yang lebih baik untukku..
Ya Allah, Kau bahagiakanlah suamiku, Kau permurahkanlah rezekinya dan  Kau permudahkanlah setiap urusannya. Ya Allah,ku mohon pada MU, kau jadikanlah suamiku salah seorang penghuni syurgamu kerana aku yakin dia telah menjalankan amanah yang Kau berikan dengan baik dan sempurna..Ya Allah, suamiku adalah cahayaku, dialah juga cinta hatiku, Kau peliharalah suamiku walau diamana dia berada..Aminn...

Terima kasih atas nikmatMu, memberi kami zuriat.. Jadikanlah kami ibu bpa yang bertangjungjawab dan berjaya mendidik anaknya..Aminn..


<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan