my hubby said..:
ada gembira, ada sedih, ada sayang, ada cinta, ada bahagia, ada cemburu, ada kasih sayang, ada marah, ada benci, n yang paling best ada cahaya mata..
antara kita pun ada kisah cinta..
kita berjumpa dan berkawan tanpa pernah memikirkan adanya ikatan yang kukuh antara kita..dari berkawan mula terjalinnya kemesraan..lalu mencari sebuah keserasian..
disuatu saat kau menyatakan ingin lebih rapat dengan ku lalu aku menjawab silalah kau bertanya kan pada kedua orang tua ku..kerna waktu itu kita masih punya pasangan masing2..namun pernah ku nyatakan pada orang tua ku, walau siapun dia,orang yang pertama memasuki meminang itulah bakal suamiku..
tidah ku sangka dan tidak pernah terduga..kau lah yang pertama itu..ikhlas kau padaku jelas terpapar kerana kau meminta keizinan org tuaku untuk berkawan denganku..
Dan kurang 2 bulan perkenalan kita, kau bersama rombongan merisik dan meminang..lalu aku menjadi tunanganmu..dalam tempoh mengenali hati,kita sering diuji dengan perbagai kisah lalu..maafkan aku kerana menyatakan belum bersedia..namun telah ku berjanji aku akn beri yang terbaik untukmu..
Lalu berlalulah 4 bulan 10 hari dan dan tibalah 19 November 2011..aku menanti dengan debar seakan tidak percaya dengan apa yang bakal berlaku sebentar lagi setelah diuji sehari sblum perkahwinan kita..namun aku lihat kau tenang bersahaja..saat kau berjabat tangan melafaz akad,aku pasti kaulah pembimbingku, kau lah syurgaku..akan ku beri dan lakukan yang terbaik untukmu..sah lah aku bergelar isteri pada mu dengan hanya sekali lafaz sahaja..menitik air mataku namun cepat ku sapukan agar tiada yang terlihat..
sayang..kini telah setahun lebih sudah berlalu..dan kini kita punyai cahaya mata yang diberi nama Nor Inas Yusrina..moga perkahwinan kita sentiasa diredhoi Allah n kekal selamanya..
" Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan