go to ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 4 Jun 2012

Ya Allah

Hari berganti hari, bulan berganti bulan
Masa yang lama terasa begitu singkat sekali
Setiapnya dilalui dengan pelbagai peristiwa
Duka mahupun gembira...

Melihat warna di senja hari
Apakah punya banyak masa untuk aku dan dia disini
Apakah aku telah berikan yang terbaik untuk dirinya
Bahagia yang aku rasakan dengannya apakah dia juga turut merasainya ...

Ya Allah
Aku mencintainya disetiap hembusan nafasku
Aku menyayanginya di setiap saat yang berlalu
Aku merinduinya meskipun dia didepan mataku ...

Ya Allah
Kau bahagiakanlah kami
Di dunia mahupun di akhirat kelak
Biarkan kami tetap bersama
Ku mohon Kau restuilah kami ...

Ya Allah
Sejauh mana perjalanan kami
Sebanyak mana cubaan untuk kami
Kau redhakanlah hati kami agar menerimanya dengan ikhlas
Teguh kan lah hati kami
Kukuhkan lah cinta kami
Walau apa pun yang terjadi
Moga kami punya ruang di SyurgaMu Ya Allah ...

Ya Allah
Kau kabulkanlah doaa hambaMu ini
Amin Amin Amin
Ya Robbal A'lamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan